lynk.my kini mencecah 1 juta pelawat



Assalammualaikum dan salam sejahtera , Alhamdulillah lynk hampir mencecah 1000000 pelawat, Dah view tu jomlah join sekali boleh jana pendapatan bersama sambil menyelam minum air, sambil-sambil berblogging selain promote iklan boleh buat duit dengan url sendiri :)

Bagi yang nak mendaftar dengan Lynk boleh baca disini


Tutorial penggunaan lynk.my dan jana pendapatan

Assalammualaikum dan salam sejahtera, semenjak dua menjak ini ada yang bertanya bagaimana menggunakan lynk.my , tidak kurang juga yang bertanya bagaimana untuk menjana pendapatan melalui website ini.

 Untuk pengetahuan semua, lynk.my adalah salah satu laman web pemendekkan url yang bukan sahaja membantu anda mengingati url blog atau alamat web yang panjang tetapi juga membantu anda untuk menjana pendapatan disamping berblogging. Lynk akan memberikan bayaran bagi setiap penggunanya dengan cara bayaran tersebut akan diberikan kepada anda setiap kali orang memasuki blog atau laman web anda menggunakan url yang sudah dipendekkan. Disini disertakan beberapa langkah yang perlu anda lakukan bagi memudahkan urusan.


- Layari alamat http://lynk.my/register.html dan isikan maklumat yang diperlukan. Sila semak maklumat emel bagi mengelakkan kesulitan.



- Hantar permohonan dan sila buka emel anda untuk mendapatkan maklumat pendaftaran. Jika tidak menerima sebarang emel daripada no-reply@lynk.my sila semak emel di folder Spam.
- Dengan maklumat pendaftaran yang diterima , anda boleh log masuk di http://lynk.my/login.html





- Untuk mencipta Lynk daripada URL anda , sila layari http://lynk.my/index.html dan masukkan URL yang ingin diubah pada form yang disediakan dan tekan “Create URL”


- Terdapat pilihan untuk membuat beberapa url sekaligus. Anda boleh klik "More URL"


- Bagi memudahkan urusan anda boleh bawa butang "Drag Me" ke bookmark bar dan hanya satu klik , anda akan berjaya menggunakan lynk pada setiap URL yang diakses.
- "More Option" merupakan beberapa pilihan yang boleh digunakan dan disitu juga terdapat redirection option dan pilihan Interstitial merupakan pilihan bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi,

- Anda akan menerima pautan URL baharu anda yang diubah kepada lynk. Right-click pada lynk tersebut dan copy untuk kegunaan anda.




- Bagi menjana pendapatan , anda boleh menggunakan beberapa medium seperti blog , facebook , twitter , instagram dan pelbagai media social yang lain untuk sebarkan lynk anda.

- Setiap akses dengan unique IP pada setiap lynk anda akan menerima bayaran melalui kadar yang ditetapkan di http://lynk.my/tools/rates.html . Setiap kadar dikira bagi setiap 1000 UV contohnya RM10.00 merupakan kadar untuk 1000 UV dan setiap UV berharga RM0.01.


- Untuk menerima bayaran , anda dikehendaki memasukkan maklumat pembayaran di http://lynk.my/account_edit.html . Pastikan maklumat itu betul kerana untuk pengemaskinian maklumat tersebut anda perlu menghubungi pihak lynk.


- Jumlah minimum untuk menerima bayaran ialah RM10 dan anda boleh request seberapa kerap sebelum 28hb pada setiap bulan kerana proses pembayaran akan bermula pada 28hb dan mengambil masa 3-5 hari bekerja untuk diproses. Anda boleh menyemak status pembayaran anda di http://lynk.my/tools/earnings.html . 

Semoga dengan penulisan kali ini sedikit sebanyak dapat membantu semua pelanggan Lynk . Untuk maklumat lanjut boleh hubungi kami di http://lynk.my/contact.html






by Izzah( Support Services Dept )




Pengemaskinian Data Pembayaran


Salam sejahtera semua , setelah dimaklumkan oleh beberapa pengguna Lynk tentang masalah untuk menyimpan no akaun bank untuk pembayaran pihak kami telah melakukan beberapa investigasi dan hasilnya penemuan satu masalah yang turut menyerang laman gergasi besar Youtube.

Setelah membuat beberapa modifikasi , kini data pengguna boleh disimpan dengan jayanya. Jadi bagi yang berkeinginan untuk Request Payment bolehlah menyemak kembali maklumat akaun anda di http://lynk.my/account_edit.html .

Bagi 2 pengguna yang telah request payment pada bulan lepas , pembayaran yang ditendang itu akan dimasukkan ke dalam jumlah bulan Februari 2015 ini. Sebarang permasalahan boleh PM terus di Facebook kami https://www.facebook.com/lynkdotmy atau hubungi kami di http://lynk.my/contact.html .

Sekian Terima Kasih :D

Sistem Rates Baharu

Salam sejahtera , melalui pengumuman di Facebook Lynk™ , Pihak kami telah menyediakan satu sistem kadar terapung ( float rates ) khas untuk kadar hits daripada Malaysia. Hal ini kerana penyesuaian dalam merancakkan lagi penggunaan URL Shortener kami.

Kadar akan ditetapkan pada 7hb , 14hb , 21hb dan 28hb setiap bulan. Namun untuk permulaan ini pihak kami menetapkan kadar baharu pada 21hb Januari ini bagi mengaturkan beberapa proses. Kadar akan datang turut disertakan bagi memudahkan semua dan ianya boleh diakses di http://lynk.my/tools/rates.html .

Semoga dengan pengumuman sistem baharu ini dapat memberi impak positif kepada semua. Terima Kasih Malaysia .

Pre-Launch Lynk.my URL Shortener


Lynk™ merupakan satu sistem pemendek url ( Url Shortener ) yang bukan sahaja memudahkan urusan dalam mengingat Url atau alamat web yang panjang malah menjana pendapatan melalui sistem Pay Per Click. Sistem ini dianggap supaya dapat memudahkan semua blogger secara umumnya dan secara khasnya untuk pengguna IT di Malaysia. 

Projek ini masih didalam proses pembinaan dan setiap masa akan dijalankan proses menyediakan fungsi ( feature ) terkini. Penggunaan Bahasa Malaysia untuk blog ini ialah penyampaian maklumat terkini dapat dilakukan dengan lebih cepat dan tersusun. Terima Kasih kerana menyokong kami. (=